Inilah Video Ucapan Ibrahim Ali Yang Mengajak Rakyat Melayu Berjihad, Lancar Perang Salib... Mengaku Sbg. Salahuddin Ayyubi Malaysia. Jom Dengar...



Apabila presiden PERKASA, Datuk Ibrahim Ali berkata beliau bersedia melancarkan perang salib terhadap orang Kristian jika mereka terus mencabar kedudukan Islam di negara ini, ia menimbulkan kemarahan ramai rakyat Malaysia, tetapi nampaknya tidak begitu halnya dengan pemimpin kerajaan.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein dengan cepat menegaskan bahawa pandangan Ibrahim itu tidak mewakili semua orang Islam di Malaysia.

Hishammuddin juga berkata ektremis juga wujud dalam masyarakat Cina, tetapi beliau tidak menamakan mereka.

Sementara itu, rakan kabinetnya, Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz pula memberitahu Malaysiakini semalam bahawa tiada tindakan boleh diambil terhadap Ibrahim kerana kenyataannya kini menjadi satu norma di Malaysia.

Menurut Nazri, walaupun kenyataan itu tidak disenangi, namun rakyat Malaysia perlu matang dalam berdepan dengan watak-watak seperti Ibrahim.

Bercakap dalam satu majlis anjuran Komuniti 1Malaysia di Kampung Kerdas dan Kampung Changkat, Gombak kelmarin, Ibrahim menuduh orang Kristian "mencabar posisi, kedaulatan orang Melayu Islam”.

Antara intipati ucapan Ibrahim pada malam itu ialah:

NONE"... Sebenarnya, darah saya sekarang ini tengah panas ni. Ini bukan main-main. Darah saya tengah panas, bulu roma saya sedang tegak ni... sebab majlis terakhir (saya) di Kelantan tadi, saya istihar, di hadapan polis, saya sebut kepada kakitangan keselamatan, kalau nak sampaikan ini ke Bukit Aman, silakan. Tolong tape apa yang saya cakap."

"Kalau ada pihak di Pulau Pinang, terutama diantara paderi Kristian, yang didokong oleh DAP Pulau Pinang, terus dengan agenda yang kita tahu, niat mereka ini, saya tawar... kalau nak perang salib boleh. Ini Salahuddin Ayyubi dari negara Malaysia," katanya merujuk kepada pahlawan terkemuka Islam."Sampai sekarang ini, usaha mencabar posisi, kedaulatan dan digniti kita umat Melayu Islam, terus menurus, dihayunkan di sana sini. Cabaran ke arah posisi kedaulatan digniti kita umat Melayu Islam, yang menjadi penduduk majoriti, yang menjadi penduduk dan ketuanan negara asal ini, mereka cabar terus menerus."

"Bermula dengan isu-isu bangsa, sekarang berjangkit kepada isu-isu agama. Bila berjangkit kepada isu agama, ertinya jihad."

"Mula mula bila tercetus berita ini, keesokan hari semua nafi, dan seolah-olah tuduh pula Utusan (Malaysia) tidak bertanggungjawab. Tanya setiausaha agung Perkasa, tanya rakan-rakan Perkasa... saya salah seorang awal-awal lagi saya kata 'sah, benda ini betul'."

Ianya walaupun pihak yang menghadiri pertemuan pastor itu menafikan ada ikrar seumpama itu. Ibrahim bagaimanapun merujuk kepada laporan polis yang dibuat oleh seorang ahli DAP, Mohamed Razali, yang turut hadir di majlis tersebut.

Walaupun Mohamed berkata beliau mempunyai versi yang berlainan, tetapi beliau tidak mendedahkan apakah yang sebenarnya berlaku di majlis tersebut.

Bagaimanapun, adakah ucapan Ibrahim itu menghasut? Anda hakimilah sendiri. Dengarlah sendiri ucapan penuh Ibrahim dalam klip video selama 45 minit pada malam tersebut.

Tun Mahathir Ditahan Seminggu Di IJN - Hanya Keluarga Terdekat Dibenarkan Melawat

http://www.thestar.com.my/archives/editorspick/images/maha.jpg

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad telah dimasukkan ke Institut Jantung Negara pada pagi Rabu, setelah mengadu sakit dada.

Beliau dimasukkan ke wad biasa pada pukul 6 pagi tadi selepas mengalami demam dan batuk sejak dua hari lalu.

Dr Mahathir yang juga Penasihat Petronas pada ketika menjalani rawatan intravena antibiotik dan fisioterapi dada secara intensif.

Pembantu khas beliau, Sufi Yusof dalam satu kenyataan di sini berkata, Dr Mahathir dijangka berada di IJN selama seminggu.

Para doktor turut menasihatkan supaya beliau tidak menerima sebarang pelawat kecuali ahli keluarga terdekat.


Lebuhraya Metramac Sesak Teruk Bila Kerajaan Mansuhkan Tol, Kenapa Kenderaan Serbu Lebuhraya Ini?


Kenderaan ke Petaling Jaya terperangkap dalam kesesakan selepas kerajaan mansuhkan kutipan tol di Lebuhraya Hubungan Timur-Barat (Metramac). - Bernama

Pelakon Zizan Nin Ada Hubungan Sesama Lelaki... Video Lucahnya Tersebar... Benarkah Itu Perlakuan Beliau?? Jom Terjah..

Zizan Nin

KUALA LUMPUR: Pelakon Zizan Nin terkejut apabila dikatakan sebagai individu yang terlibat melakukan adegan lucah dengan seorang lelaki sehingga tersebar di Internet.

Kata Zizan, dia sendiri tidak tahu tentang kewujudan video tersebut dan menganggap perkara itu sengaja ingin diperbesar-besarkan oleh pihak yang tidak berpuas hati dengannya.

"Tak mungkin saya melakukan perkara seperti itu. Dengan kecanggihan teknologi masa kini, macam-macam perkara boleh dilakukan jika ada pihak ingin memburukkan seseorang.

"Mungkin, saya di antara mangsa teknologi tersebut. Bagaimanapun, saya sendiri belum melihat video yang diperkatakan itu," katanya.

Tambah Zizan, dia tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan sekiranya video yang diperkatakan itu masih lagi disebarkan.

"Jika mereka masih lagi membuat kejahatan hanya kerana mahu memburuk-burukkan nama saya, sudah pasti mereka tidak boleh lari daripada menerima balasan.

Baru-baru ini wujud khabar angin yang mengatakan kononnya video lucah membabitkan Zizan dengan seorang lelaki tersebar di beberapa blog sehingga kerana video tersebut, rumah tangga pelakon tersebut dikatakan bergolak.

Bagaimanapun, Zizan berkata, kehidupannya bersama isteri yang merupakan penyampai berita Edisi 7, Fazilah Hani Harun, masih lagi bahagia.

Ditanya pula mengenai perancangan Zizan untuk memiliki seorang anak sebagai pelengkap keluarga, pelakon ini tidak merancang ke arah itu.

"Walaupun sudah setahun kami berumah tangga (sejak 19 Mac 2010), saya dan isteri tidak pernah membuat perancangan untuk memperoleh anak. Sebaliknya kami hanya berserah kepada Tuhan. Jika ada rezeki, Alhamdulillah," tuturnya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.