Rang Undang-undang Perhimpunan Aman Akhirnya Diluluskan Dengan Bantahan Semua MP PR Keluar Dewan

Rang Undang-undang Perhimpunan Aman akhirnya diluluskan Dewan Rakyat selepas perbahasan kira-kira tiga jam oleh lima anggota parlimen.

Rang undang-undang itu - yang mengharamkan demonstrasi jalanan dan membenarkan perhimpunan lain dengan beberapa syarat ketat - lulus dengan undi suara ketika ketiadaan anggota Pakatan Rakyat yang keluar dewan sebelumnya.






Rang undang-undang itu dibahaskan oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKR-Permatang Pauh), Abdul Rahman Dahlan (BN-Kota Belud), Lim Guan Eng (DAP-Bagan), Abdul Hadi Awang (PAS-Marang), Ibrahim Ali (Bebas-Pasir Mas) dan P Kamalanathan (BN-Hulu Selangor).

Ahli parlimen Pakatan bertindak keluar dewan hari ini bagi membantah tindakan kerajaan yang enggan membawa rang undang-undang perhimpunan aman untuk dibincangkan di peringkat jawatankuasa terpilih.

Mereka juga membantah keputusan Yang dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia yang hanya membenarkan ahli parlimen kanan pembangkang untuk berbahas. -mk

Pembangkang keluar dewan bantah Bil Perhimpunan

Ahli parlimen pembangkang bertindak keluar dewan hari ini bagi membantah tindakan kerajaan yang enggan membawa rang undang-undang perhimpunan aman untuk dibincangkan di peringkat jawatankuasa terpilih.

Ahli parlimen berkenaan juga bertindak demikian bagi membantah keputusan yang dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia yang hanya membenarkan ahli parlimen kanan pembangkang untuk berbahas.

Kumpulan berkenaan bertindak demikian pada kira-kira jam 3.15 petang ini selepas perbahasan oleh presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang (PAS-Marang) dan juga setiausaha agung DAP, Lim Guan Eng (DAP-Bagan).

Kumpulan wakil rakyat berkenaan juga tidak akan mengundi secara belah bahagi untuk menghalang rang undang-undang berkenaan daripada diluluskan petang ini.

Salah seorang daripada wakil rakyat itu berkata, ahli parlimen pembangkang juga bertindak demikian setelah memutuskan bahawa rang undang-undang berkenaan mengandungi banyak kecacatan dan tidak sepatutnya diluluskan.

Ahli parlimen PAS Tumpat, Datuk Kamaruddin Jaafar berkata, sekurang-kurangnya undang-undang itu perlu dibawa ke jawatankuasa terpilih parlimen untuk disemak semula.

"Sebaliknya (kerajaan) hanya mahu bulldoze (rang undang-undang perhimpunan) dan bahas selama empat jam," katanya ketika ditemui Malaysiakini di bangunan parlimen.

Kumpulan ahli parlimen berkenaan bagaimanapun memasuki Dewan semula untuk menyertai perbahasan selepas rang undang-undang perhimpunan aman diluluskan untuk bacaan kali ketiga secara undian suara.

Rang undang-undang itu dilulus selepas dibahaskan oleh Datuk Abdul Rahman Dahlan (BN-Kota Belud) Datuk Ibrahim Ali (Bebas-Pasir Mas), P Kamalanathan (BN-Hulu Selangor) dan juga penggulungan oleh menteri di jabatan perdana menteri, Datuk Seri Mohd Nazri Aziz.

Dewan Rakyat turut meluluskan pindaan berhubung tempoh makluman untuk mengadakan perhimpunan dan juga tempoh bantahan serta tempoh rayuan keputusan yang menyekat perhimpunan. -mk

Penyanyi Otai, Hattan Benggang Giler Dengan Wartawan Hiburan Berita Harian Zubir Sebarkan Perceraiaannya Dengan Isteri Yang Baru Dinikahi 7 Hari.. Benarkah? Jom Terjah...

Rata-rata sudah tahu siapa penyanyi otai yang ceritanya telah disebarkan oleh Zubir menerusi ruangannya di Berita Harian pada Ahad lepas.

hattan nafi bercerai

Hattan dengan segera menafikan gosip penceraiannya dan siap sound Zubir lagi kerana menyebarkan cerita tidak benar ini.

Aku tengah drive ke KLIA untuk jemput isteri aku balik dari Hong Kong — memang tiada isu dan kau ada baca tulisan Zubir Berita Harian? Dia tulis aku ceraikan isteri aku dengan talak tiga — suka hati dia — walaupun tidak menyebut nama aku, tetapi aku tahu dia tujukan pada aku. Aku tidak panggil dia seorang sahaja — wartawan lain semua aku beritahu — dia siapa lagi pun, bukan Anuar Zain, sudahlah gemuk pendek ada hati mahu di’sanjung sanjung. Kau tulis apa aku cakap.

Memang padat sekali kritikan yang telah diberikan oleh Hattan kepada Zubir. Apa pun didoakan agar Hattan dan isteri barunya, Farah agar kekal bahagia sehingga ke akhir hayat.

Gambar2 & Berita Terkini Mengenai ‘Walk for Freedom’ Sambutan Luar Biasa, Tunjukkan Bantahan Kerana Kerajaan Gopoh Untuk Luluskan Undang2 Perhimpunan Aman 2011

Peguam-peguam di seluruh negara yang berada di bawah naungan Majlis Peguam Malaysia sedang berhimpun di Kelab Taman Perdana Diraja, Kuala Lumpur bagi meluahkan bantahan terhadap penggubalan Akta Perhimpunan Aman 2011.

NONERang undang-undang yang akan dibahaskan di Dewan Rakyat hari ini untuk bacaan kali kedua dijangka akan diundi pada malam ini.

Sambil menyifatkan rang undang-undang itu akan merampas hak rakyat yang dijamin oleh perlembagaan, presiden Majlis Peguam, Lim Chee Wee berkata peguam di seluruh negara tidak sepatutnya hanya menyaksikan kebebasan rakyat disekat tanpa membuat sebarang tindakan.

Justeru, Majlis Peguam Malaysia telah mengerahkan anggotanya supaya berkumpul di Kelab Taman Perdana Diraja dan akan berjalan kaki menuju ke Parlimen sebagai menunjukkan bantahan mereka meskipun bersetuju membuat beberapa pindaan kecil.

NONEPerarakan yang dinamakan ‘Walk for Freedom’, akan menyaksikan peguam-peguam berjalan sejauh kira-kira dua kilometer menuju ke bangunan Parlimen bermula jam 11.30 pagi ini.

Sebuah lagi kumpulan pendesak 'Occupy' juga dilapor akan berhimpun selama tiga hari berturut-turut di hadapan bangunan Parlimen bagi menunjukkan bantahan yang sama.
LAPORAN LANGSUNG

11:35am Ketua Jawatankuasa Perlembagaaan, Majlis Peguam Syahrezan Johan berkata kepada kira-kira 300 orang yang kini hadir: Perarakan hari ini bukan kerana politik, tetapi tindakan tergesa-gesa mereka (kerajaan) cuba meluluskan undang-undang itu yang bertentangan dengan hak perlembagaan rakyat.”

11:31am Lim Chee Wee memulakan ucapannya kepada hadirin.

NONE11:29am Beberapa poster berwarna kuning dikibarkan. Antaranya berbunyi: 'Kill the Bill' dan 'Bebas Himpun, Bebas Rakyat'.

11:23am Jumlah hadirin bertambah 
kepada kira-kira 200 orang. Masih tiada kelihatan kehadiran anggota polis kecuali seorang polis trafik.

Antara yang hadir juga termasuk ahli parlimen Segambut Lim Lip Eng dari DAP yang juga seorang peguam dan Kua Kia Soong dari Suaram. Beberapa aktivis kempen Anti-Lynas juga kelihatan bersama kumpulan ini.

NONE11:20am Anggota Jawantakuasa Pusat PAS, Hanipa Maidin yang juga seorang peguam dan ahli parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin juga hadir.

11:16am Majlis Peguam mengedarkan draf 18 mukasurat Akta Perhimpunan Aman versinya kepada media.

11:14 am: Lim Wee Chee memberitahu wartawan asing bahawa penubuhan Malaysia juga adalah berdasarkan demonstrasi jalanan.

"Rang Undang-Undang ini bakal merampas akta yang memberikan kita kemerdekaaan negara.”

NONE11.10am: Ambiga memberitahu wartawan: "Saya harap kerajaan akan mengkaji semula Rang Undang-undang itu. Tidak perlu tergesa-gesa.”

Naib presiden PKR N Surendran dan ketua penerangan PKR Latheefa Koya juga kelihatan bersama - kedua-dua mereka adalah peguam.

11:05am:
Seorang anggota polis trafik tiba bagi mengawal lalu lintas.

11:03am Jumlah hadirin semakin bertambah dan kini dianggarkan 100 orang. Peguam berpakaian sut manakala penyokongnya berbaju kuning.

11:01am Presiden Majlis Peguam Lim Chee Wee berkata beliau akan berucap pada hadirin pada jam 11.30 pagi. Perarakan akan bermula pada jam 12.30 tengahari.

NONE11:00am Bekas presiden Majlis Peguam, Datuk Ambiga Sreenevasan tiba.

10:56am:
Beberapa kereta peronda melalui kawasan sekitar tetapi tidak berhenti. Jumlah mereka yang berkumpul dianggar sekitar 80 orang.

10:48am Setakat ini, kira-kira 40 orang peguam, sedang berhimpun di luar jalan menunju Kelab Taman Perdana Diraja. Turut menunggu adalah orang ramai yang bercadang untuk berarak bersama Majlis Peguam.

10:45am Seorang anggota sekretariat memaklumkan kepada wartawan bahawa tempat berkumpul telah ditukar ke jalan tempat masuk Kelab Taman Perdana Diraja yang terletak kira-kira 300 meter. Wartawan mula meninggalkan lokasi sekarang.

NONE10:38am Wartawan mula berkumpul di Kelab Taman Perdana Diraja. Hanya bilangan kecil peguam berada di sini.
Tiada anggota polis juga dikesan, meskipun kira-kira 10 orang sebelum ini kelihatan sekitar Tugu Negara yang terletak di jalan bersebelahan.

10:05am Kira-kira 40 anggota polis termasuk pasukan pertahanan awam kelihantan mengawal pintu masuk utama Parlimen.

10:00am Tinjauan Malaysiakini mendapati, belum ada sekatan jalan raya. Trafik lancar termasuk jalan menuju ke Kelab Taman Perdana Diraja.

[Berita penuh menyusul]

Prof Madya Dr Abd Aziz Hanafi Dianugerahkan Tokoh Maal Hijrah 1433H/2011 Peringkat Negeri Kedah... Tahniah!!!

http://www.kuin.edu.my/v3m/images/stories/food/02%20draziz.png
ALOR SETAR – Dekan Kulliyah Syariah Kolej Universiti Insaniah, Prof Madya Dr Abd Aziz Hanafi dianugerahkan Tokoh Maal Hijrah 1433H/2011 Peringkat Negeri Kedah.

Beliau yang dilahirkan pada 28 Julai 1948 mula mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Kodiang, Kedah dan Sekolah Menengah Agama Alawiah, Kangar, Perlis.

Panggilan ilmu telah membawa beliau untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Beliau menyambungkan pelajaran ke Kolej Islam Malaysia dan memperoleh Diploma Pendidikan.

Kemudiannya menyambung pelajaran ke Universiti Al-Azhar dalam bidang Syariah sekitar tahun 1972 hingga 1984.

Beliau turut terlibat dalam menyampaikan kuliah di radio, mengajar kitab di masjid-masjid dan juga menyertai seminar di peringkat negeri dan kebangsaan dalam usaha mengembangkan syiar Islam.

Bagi kategori Saudara Kita 1433H dianugerahkan kepada Pengerusi Persatuan Cina Muslim Kedah/Perlis, Ibrahim Lai Abdullah.

Anugerah disampaikan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Tuanku Sultan Kedah sempena sambutan Maal Hijrah 1433H / 2011 Peringkat Negeri Kedah.

KDYMM Tuanku Sultan Kedah turut menyampaikan anugerah kepada Masjid Seri Jerai, Gurun yang memenangi kategori Masjid Terbaik Bandar dan Masjid Kampung Bukit Tinggi, Kubang Pasu.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.