Terkini!! (Gambar2) Produser Filem Kontroversi, Raja Azmi Sah Bergelar Isteri Kepada Gitaris Terkenal Dengan Sekali Lafaz.. Jom Terjah!!!

Raja Azmi sah bergelar isteri kepada Mohd Eddie Ghazali dengan sekali lafaz. 
KUALA LUMPUR: Produser filem kontroversi, Raja Azmi Raja Sulaiman sah bergelar isteri kepada gitaris kumpulan CRK iaitu Mohd Eddie Ghazali, 45, dengan sekali lafaz dalam satu majlis akad nikah yang diadakan di Laman Beringin, Istana Budaya di sini pada malam Ahad.
Akad nikah berkenaan telah disempurnakan oleh Imam Masjid Jamek Ul-Ihsan Mejar (B) Ismail Wan Ahmad kira-kira pukul 9.20 malam.

Terkini!! Setiausaha PAS Kedah, Musoddak Haji Ahmad Disebut2 Bakal Calon PRK N20 Sungai Limau, Benarkah? Jom Terjah!!!


ALOR SETAR - Calon yang disebut-sebut antara tersenarai sebagai calon PRK Dun Sungai Limau sebelum dimuktamadkan Pas Pusat, Musoddak Ahmad tidak menaruh harapan tinggi dicalon semula selepas dua kali bertanding dan tewas.

Musoddak yang juga Setiausaha Pas Kedah sebelum ini bertanding di Dun Guar Chempedak pada PRU13, namun tewas kepada Datuk Dr Ku Abd Rahman Ku Ismail. Sebelum itu, Musoddak bertanding di kerusi Dun Bayu (2004) yang kini disandang Datuk Azmi Che Hussein.

Tidak kisah dilabel ‘calon recycle’, Musoddak sebaliknya menyerahkan sepenuhnya kepada kebijaksanaan Pas Pusat, sama ada mahu terus memberi mandat untuk mewakili parti.

“Saya tidak kisah, saya serah pada Pas Pusat untuk putuskan. Kita tunggu sahaja pengumuman rasmi pada 23 Oktober ini,” katanya, ringkas.

BERAPI!!! Bekas Exco Perak Yang Pengerusi Tekun Tewas.... Jom Terjah!!!

IPOH: Ketua Penerangan Wanita Umno Malaysia, Datuk Hamidah Osman tewas dalam pertarungan untuk mempertahan jawatan Ketua Wanita bahagian Gopeng pada pemilihan peringkat bahagian pada Sabtu.
Hamidah, yang turut bertanding jawatan anggota Majlis Tertinggi (MT) Umno dan seorang lagi calon Wan Razita Wan Razak ditewaskan Juliliyana Mohd Junid.
Beliau yang juga pengerusi Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga Nasional (Tekun) itu memperoleh 143 undi, Juliliyana meraih 163 undi manakala Wan Razita mendapat 20 undi.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.